Wednesday, April 23, 2008

Pengurusan Tempat Letak Kereta Di Bandaraya Alor Star

Dimanakah halatujunya ?

Bila sahaja ke Bandaraya Alor Star menaiki kereta perkara paling utama yang bermain difikiran ialah tempat letak kereta. Walaubagaimanapun sebenarnya ada tempat letak kereta tetapi budaya mahu letak kereta dekat tempat yang mahu dikunjungi menyebabkan ini lah puncanya yang dikatakan tempat kereta tidak mencukupi. Walaupun dari statistik, sememangnya tempat kereta tidak mecukupi di Bandaraya Alor Star tetapi boleh di atasi jika pemikiran warga Bandaraya dapat diubah supaya berjalan lebih sikit dari tempat letak kereta ke tempat yang hendak dikunjungi. Apa-apapun warga bandaraya kena fikir sendiri kadangkala mahu juga letak kereta hingga mengganggu aktiviti lalulintas pemandu yang lain dan kebanyakan lokasi yang sering berlaku seperti ini ialah dihadapan bank dalam pusat bandar.

Di sini bukan hendak dibincang perkara di atas sangat tetapi yang lebih penting ialah pengurusan tempat kereta di Bandaraya Alor Star . Walaupun tempat letak kereta di Bandaraya Alor star bukan diuruskan oleh MBAS sendiri kerana diberi kepada satu syarikat daripada dengar-dengar orang dok sembang sebelum ini bukan ada pengalaman pun tentang pengurusan tempat letak kereta seakan-akan macam nak buat MBAS ni "test run" saja janji wang masuk saku dan hidup ada gaya, mutu dan keunggulan.

Sebenarnya warga Bandaraya tak kisah MBAS nak bagi kat syarikat mana pun apa yang penting syarikat dapat melaksanakan tugas dengan baik dan memberi manafaat kepada MBAS. La ni rata-rata orang dok bercakap , kalau buat macam sekarang ini orang kampung pun boleh buat dengan modal atas angin saja.. Syarikat dulu yang lama pun hebat sikit pada yang ini semacam MBAS nak balik kebelakang dalam pengurusan tempat letak kereta.

MBAS makan tulang orang lain yang makan isi sedangkan PBT mempunyai kuasa penuh dalam hal ini .. ini lah orang dok cakap PBT sebenarnya adalah lubuk emas tetapi kena akai jenuh aja dari segi matematik sebenarnya MBAS boleh bangun semula kalau hal-hal macam ni di ambil serius kerana pendapatan yang major bagi Majlis adalah kutipan cukai pintu dan kutipan tempat letak kereta kalau salah satu orang lain dok balun apa lagi memanglah Majlis tu lingkup …

Satu hal lagi orang dok sembang tentang sistem kutipan yang digunakan sat-sat macam ni, sat-sat macam tu dulu bermeter la ni berkupon pula (orang perak kata apa ke hal ni yob ) memang boleh ikut suka ke macam tak ada garispanduan aja dok pi “gazet” kat mana macam harta benda syarikat pula .. Jabatan yang berkenaan tolong tengok benda ini. Ini hasil Majlis yang perlu dimaksimumkan pendapatannya supaya dapat mengimbangi kewangan MBAS semula tak perlu tengok benda yang besar lagi bak ibarat kuman yang jauh nampak gajah didepan mata tak nampak …

Sistem kutipan yang digunakan telah mengelirukan warga bandaraya yang sesungguhnya pun dah keliru dengan sistem lalulintas dalam Bandaraya Alor Star kalau nak buat Bandaraya dalam taman pun jangan sampai letak pasu tengah-tengah Bandar mintalah MBAS menyusun semula pengurusan Bandar agar kita bangga menjadi warga Bandaraya Alor Star belum cakap bab-bab lain lagi mengenai kemudahan awam, infrastruktur dan perkhidmatan kebersihan dan kutipan sampah.. fikir-fikirlah dari Datuk Bandar hingga sampai ke buruh sebenarnya kami warga bandaraya faham masalah MBAS yang dihadapi iaitu tiga (3) perkara duit, duit dan duit .. kadangkala yang pahit itu adalah penawarnya ..

10 comments:

Anonymous said...

Ini dikatakan khazanah milik kita kini jadi milik orang. Nampak taukeh dia pun la ni bergaya sakan dengan koleksi kereta mewah. Almaklumlah untung banyak masuk saku.

Anonymous said...

memanglah hanpa bodoh (MBAS) sepatutnya uruslah sendiri tempat letak kereta baru boleh untung ini bila sebut MBAS seribu masalah yang timbul..... Mangkuk luuuu pikirrrr la sendiri.........

Anonymous said...

Kami di fahamkan tiada perjanjian MOU ditandatangani berkaitan kutipan parking kereta, kami tidak takut untuk di saman, sila la saman jangan tak saman, jangan terkejut akan ada warga alor star akan menyaman MBAS berkaitan kutipan parking kereta (HARAM) tungguuuuu..............

Anonymous said...

Ini yang dikatakan kebocoran hasil .. kalau tak cepat tampong boleh karam semua .. La nie aku dok tengok mat-mat parking haram pula dok ambil alih bab parking nie .. minta bab-bab macam nie MBAS jangan dok kompromi. Jabatan terlibat buat post motern dan analisa secara statistik mengenai pendapatan melalui pendapatan hasil tempat letak kereta untung ke rugi... banyak mana sepatutnya dapat la ni dapat banyak mana .. kalau tak reti lantik perunding luar buat audit .. nak tanya biasa ke MBAS audit tentang hasil tempat letak kereta ni ataupun MBAS nak pungkor masing-masing sebab operator dia pun bukan orang biasa .. Demi bangsa, agama dan warga bandaraya buat lah sesuatu jadilah pengurusan yang mempunyai jati diri bukan boleh dicucuk hidung ....

Anonymous said...

Saya sebagai rakyat malaysia pun hairan mcm mana boleh jadi begini!!! Datuk Bandar dan kerajaan PAS dok lena ka? Kalau masalah mcm ni tak boleh selesai, lebih baik pakat-pakat letak jawatan !!!!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Ni yang hampa dok kecoh-kecoh pasai parking buat apa............ aku harap Kerajaan PAS la ni harus pikiaq dan ambil tindakan untuk membatalkan kutipan parking kerana ia dapat membantu rakyat....

Anonymous said...

cayalah muslimah pas .. betoi juga macam tu noo.. Kalau Kerajaan PAS hat ni pun tak boleh pikiaq apa barang semacam Kerajaan BN juga tak da satu pun yang "magic" buatlah sesuatu yang boleh rakyat kenang sampai PRU 13 .. bolehlah pangkah lagi..TAKBIR 3X

Anonymous said...

Patut benda-benda macam ini MBAS kena kaji balik tentang kontrak ini, kalau penduduk bandaraya tak bayar cukai pintu hang pa pi nak sita .. kalau kes macam ini hang pa buat tak reti aja contoh kalau orang tak bayar sewa gerai hangpa pi keluar notis.. buat kerja jangan pilih bulu tu yang orang tak respect kat hangpa tapi suspect ada la (tu orang dok pi report kat BPR)>> kalau Kedah Sejahtera MBAS pun kena sejahtera juga ok wa cau dulu..

Anonymous said...

parking..parking..parking..tak selesai lg ka??? Kalau hapuih terus kan senang..carilah sumber lain untuk kerajaan negeri..tempat parking makin "sempit" ..mana taknya..ada tempat sket buat tempat berniaga..tambah2 lg kat Jln Putra tu..Kalau depan kedai plk..toke kedai x kasi letak walaupun depa x bayaq kat MBAS pun..depa kata hat depa punya..bole ka lagu tu?? Siap rentang tali lagi..La ni pulak pakai sistem kupon..efektif ka sistem ni..@ buat rakyat makin menyampah sbb sistem apapun yang nak kena la buat kajian menyeluruh dulu..jgn suka tukaq2..sat hat ni..sat hat nu..Nak tanya sket "tiang parking" dulu tu yg banyak2 buat apa?? nak buat tiang reban kambing ..pendek sgt ..kalau jual kat keling botoi boleh ka..Lu pikiaq la sendiri...